|
|
||
|
|
NEGARA kita memang kaya dengan kesuburan tanah-tanihnya sehinggakan darinya tumbuh pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan menghijau yang beraneka jenis untuk kegunaan dan keperluan manusia sendiri. Di antara pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan itu, sesuatu yang berharga darinya ialah tumbuhan-tumbuhan yang bernilai perubatan yang lebih dikenali sebagai “tumbuh-tumbuhan herba”dan juga ulam-ulaman.
Kebanyakan tumbuh-tumbuhan herba dan ulaman ini banyak digunakan oleh nenek moyang kita
di masa lampau. Ia tidak terbatas untuk digunakan sebagai bahan perisa asli
dalam masakan, tetapi hakikatnya tumbuh-tumbuhan ini mempunyai
keistimewaan malah menampung banyak khasiat semula jadi di samping mempunyai
nilai perubatan untuk kesihatan yang amat ketara. Ia dikatakan berperanan
untuk merawat dan meredakan pelbagai jenis penyakit di samping untuk
kelihatan awet muda. Ia juga sebagai asas penjagaan
kesihatan walaupun dalam banyak hal masyarakat hari ini kurang menyedarinya.
Dua contoh tumbuh-tumbuhan herba tersebut ialah “Halia” dan “Kesom”.
Orang-orang Melayu mempercayai bahawa Halia atau nama saintifiknya “Zingiber officinale” adalah tergolong dalam kategori ubat-ubatan tradisional Melayu yang sememangnya menampung banyak khasiat tersendiri serta dapat membantu dalam menyembuh dan meredakan penyakit-penyakit berikut :
Selain dari itu, halia juga dipercayai dapat menyelesaikan masalah pening kepala, mabuk, demam panas serta mencegah kelahiran. Halia amat kaya dengan kandungan Kalium (125 mg), Fosforus (63 mg), Kalsium (17 mg) dan tenaga (52 kcal). Di samping itu, sejenis rumpai herba yang sering digunakan sebagai perencah dan perisa dalam masakan orang-orang Melayu ialah “Kesom”. Kesom atau nama saintifiknya “Polygonum minus” mempunyai keistimewaan tertentu terhadap kesihatan iaitu dapat membantu menyembuhkan mata kabur dan mencegah kesejukan atau supaya badan menjadi panas.
|